Cite pasal pukau saya nak cerita pasal pengalaman dipukau masa berumur 18 tahun. Tapi bukan kat rumah la... Masa tu masih student di kolej matrikulasi negeri sembilan. Lokasi kejadian di Terminal One, Seremban. Sampai saat ni masih terbayang2 setiap detik peristiwa menakutkan tu..
1. Saya otw balik dr Kuala Pilah N9 ke Parit Buntar, Perak.. masa tu cuti sem...geng2 balik kg semua dah balik sbb saya ada prog ape tah lupa la..pendek ceritanya, tiket bas jam 1030mlm. So lepas maghrib saya duduk dlm surau sampai 930.
2. Agak2 waktu dah dekat saya turun bawah. Sambil tggu nama bas diannounce. Sambil2 makan bun, dan bersms dgn mak kata dah nak naik bas. Saya duduk kat seat menunggu yg panjang bawah surau terminal one.
3. Tiba-tiba...dtg sorang pakcik. Berpakaian baju melayu krim lusuh, kain pelikat dan kepiah (pakaian baru balik masjid). Bertanya kat saya.."Assalamualaikum nak....boleh pakcik tanya, bas pi kuala lumpur dah lepas ke?"..."Waalaikumussalam pakcik...minta maaf la pakcik, x silap saya la, bas last pi kolumpo kui 930mlm last..."
4. Tgk pakcik tu mcm dah nak pegi saya pun smbung sms mak lagi...tetiba dia sambung cakap lagi..."Pakcik ni sebenarnya nak pegi umah anak pakcik...tapi dah tertinggal bas pulak..." Saya x kata apa sbb tgh sms, senyum je lah...
5. Pastu dia tnya lagi.."Anak ni nak balik kg ke?...anak pakcik sebaya dgn kami, tapi lelaki. Anak belajar lagi ka?"..dlm hati saya, "Eh pakcik ni, nak nyembang ke ape...tapi berdiri depan aku.." (saya duduk dan dia berdiri depan saya. jarak dlm 4-5jengkal saja). Sambil saya sms2 lagi..
6. "Saya belajar lagi pakcik, kek kolo pilah...kolej matrik N9". Pastu dia tanya lagi "Oooo...Matrik tu apa nak?"..KEMUDIAN..
BERMULA LAHH....masa saya tgh jawab, "Matrik tu, tempat belajar...... (eh awat ni..eh..) saya..(eh...awat ni..) KEPALA SAYA BERPUSING2...SAYA DENGAR SEBIJIK-SEBIJIK MANTERA YG DIBACA OLEH PAKCIK TU PADA SAYA!!!!!!!!!! "Ya ALLAH!! PAKCIK NI TENGAH PUKAU AKU!!!!"(Dlm hati)
Saya terus terlepas henpon di tangan...sambil pegang kepala, MEMBACA AYAT KURSI DENGAN KUAT DAN TERHUYUNG HAYANG BANGUN!!! PAKCIK TADI MASIH BACA MANTERANYA DITIUP PADA SAYA!!! Terhuyung hayang sambil terjatuh bangun semula berapa kali saya x tau...terus saya tarik baju sorang pakcik yg dekat dgn saya "PAKCIK!!! TOLONG SAYA!! PAKCIK TU NAK PUKAU SAYA!!!! sambil tunjuk ke arah pakcik pukau tadi. Dia tengah selamatkan diri naik bas ke nilai yg tengah bergerak. Ada sorang kakak papah saya masuk pondok rondaan polis utk bertenang dan mintak tolong. Mereka cuba kejar pakcik tu tapi dia dah naik bas dan x jumpak lgsg dah...
Masa saya dalam pondok polis tu, ada lagi tiga org polis tgh tenangkan saya. Tiba2 dtg dua org perempuan, tanya saya apa yg berlaku. Saya kata saya cuba dipukau pakcik tadi. Depa pandang sesama sendiri dan berkata.."Ya Allah...kan betul...." Rupa2nya mereka berdua kena pukau jugak DI MEJA KEDAI MAKAN TERMINAL ONE JUGAK! RAMAI ORG DI SEKELILING. habis dompet henpon dan satu bag laptop. X tau mcmna org sekeliling boleh x sedar lgsg kejadian tu. Depa kata pakcik tu tumpang duduk sekali sbb meja lain dah penuh. Sambil sembang2 je..
Kedudukan saya hanya x sampai beberapa meter dari pondok rondaan polis Terminal One dan ada 5 org polis yg tgh bertugas masa tu. Kalau sapa yg pernah pi Terminal One tau la kedudukannya. Perkara ni mmg terjadi tanpa org keliling sedar lgsg..sbb pakcik tu nampak innocent old man trying to get help...sembang2 biasa je...PADAHALLLLLLL.....
************
Saya amat bersyukur kerana ALLAH telah menyelamatkan saya dari kejadian yg AMAT MENAKUTKAN TU. kalau hilang barang je x pa la lagi...tapi kalau dibawa ke mana-mana dlm keadaan x sedar???????????? Na'uzubillah...
Pengajaran yg saya dpt ialah...
- Beringat selalu..ingat ALLAH, ingat ibubapa....jaga diri....jgn TERLEKA WALAU SEKEJAP PUN...
- Alert. Every second.
- Ayat kursi jadikan 'amalan...Ya Allah syukur padaMU kerana telah menyelamatkan aku... (Ingat dak ada sorang perempuan kat US cemtu, kena rogol. Ada sorang lagi pompuan muslimah sebelumnya lalu tapi x kena sebab lelaki2 yg rogol tu nampak ada 'bodyguard' duk jaga perempuan muslimah nih)
- Sebagai wanita muslimah, bukan sekadar bergantung pada ayat2 ALLAH, PEMAKAIAN KITA JUGA PENTING. Pakailah pakaian yg menutup aurat. Kalau kita sendiri x pakai elok2, macam mana Allah nak jaga? Sama2 kita beringat luaran dan dalaman.
- Kesan sihir akan masuk ke dalam tubuh manusia melalui : Perempuan -pada tapak kakinya. Lelaki - ubun2nya. Insyaallah kesan sihir lambat masuk kalau sentiasa pakai stokin bila di luar. (X ingat baca di mana..mungkin salah satu sebab saya masih sedarkan diri walau pakcik tu hembus mantera pada muka saya..Wallahu'alam..)
Minta maafla panjang betul kali ni. Tapi saya memang amat2 terbayang2 lagi kejadian ni..walau dah dekat 10 tahun berlaku. Hembusan ke muka saya tu pun masih terasa2 lagi anginnya...
Semoga Allah selamatkan kita dari sebarang kejadian bahaya...amin...
P/s:Nama akak yg kena pukau ni xboleh nk di mention sbb ni permintaan drpd akak tu sendiri.Sekian.
Sumber dari Facebook.
Sumber dari Facebook.
6 comments:
astagfirullahalazim takutnya pada masa sekarang pun,,, trima kasih mira sbb mengingtakan ^^
bahayanya kena pukau macam tu..
perghhh...kne pukau mcm tu jerla. em naseb baik la tak terjadi apa2..Allah sayang hamba yg slalu mgingatiNya
ee.. menakutkan.. mintak dijauhkan.. amin.. :)
pehh giler btol
hu.. menakutkan.. kita tak boleh nak jangka.
Post a Comment