open link in a new tab

Saturday, February 7, 2015

Interview Latexx Partnership Berhad

Hari tu tiba-tiba dapat miss call. Pelik jugak no tak kenal pulak naik. Dah la macam no rumah je. Sekali esoknya no yang sama jugak timbul. Alhamdulillah, rupa-rupanya dapat panggilan interview dekat Taping. Latexx Partnership Berhad. Bila dia sebut nama tu aku macam hah apa? Memang tak ingat zaman bila pulak aku mintak. 

Lepas surf internet baru teringat rupanya aku mintak bulan September lepas dari aku habis LI. Berzaman dah weh oi. Aku pun tak ingat dah position apa yang aku mintak. Tak kisah la yang penting datang interview sebab nak pengalaman tu. Interview start pukul 9.00 pagi tapi aku sampai lewat sikit dah inform awal2 sebab sejam jugak la dari Ipoh ni. Sampai je orang HR panggil masuk dalam bilik menunggu. Sembang2 kejap lepas tu dia bagi soalan atas kertas. Kitaorang kena jawab soalan tu dan buat slide untuk present depan panel. Time tu baru tau aku interview untuk jawatan RA executive.

Ok berdebar jugak la mulanya time tengah tunggu turn tu. Tapi Alhamdulillah masuk je dewan interview tak rasa sangat. Panel sepatutnya ada 8 orang tapi time aku 2 orang keluar pergi makan kot sbb dah nak lunch hour. Mat saleh 3 orang and the rest Indian & Chinese. Lepas dari present slide yang dah kena buat, Q&A session pulak. Lastly dia tanya ada soalan tak. Aku pun tanya la apa yang terlintas dekat kepala. 

Soalan yang aku tanya:

1) What criteria that will be looking to hire the candidates?
     
2) Am I qualify enough to work in this field since that I'm from biotechnology field and obviously it's not really related with this company which is main in medical and industrial glove manufacturing?

3) Does this program/position apply has any contract?


Overall Alhamdulillah because everythings went well. Walaupun tak berharap, at least satu pengalaman baru aku dah dapat ditemuduga secara formal yet santai. I do really enjoy and have fun with the interview session. Result keluar lepas CNY katanya.




P/s: Kilang dia besar gilaaa. Sampai ada 6 gate tak silap aku. Pening mencari nak masuk ikut mana. Btw thanks to Mr Chu, akak Michelle dgn sorang lg lelaki yang tolong kteorang buat preparation slide siap bagi tips lagi before entering the interview hall.



Wednesday, August 27, 2014

IPM Kelapa Pandan & Matag

Alhamdulillah, dah seminggu aku duduk kat Titi Gantong ni. First day takde buat apa sangat. Cuma tengok dan search pasal typha angustifolia atau pun nama melayunya colok cina besar. Dia macam lalang jugak dan senang nak tumbuh tapi cantik. Ada jugak orang buat untuk tanaman lanskap. Ni contohnya aku ambik dari google.

Ni la pokoknya. Cantik kan walaupun berstatus lalang.


Ok second day tu baru aku pergi buat Integrated Pest Management (IPM) kat ladang kelapa. Ada dua jenis dan pendek je pokoknya.Kena buat IPM sebab dah diserang perosak macam Kumbang Tanduk, Kumbang Jalur Merah dan Plesispa recheii. Sangatlah di luar bidang aku. Tapi kira ilmu baru la untuk aku ni.



En. Khalid (ketua unit Titi Gantong) yg pakai spek tu tengah briefing.

Perangkap feromon guna baldi.

Perangkap feromon guna pipe PVC.

Perangkap secara organik untuk kumbang tanduk. Tahi ayam banyak dalam tu, haha.



Untuk kumbang tanduk tu kita gunakan feromon. Bau dia kuat sangat. Fungsinya nak tarik perhatian kumbang tu pastu nanti dia terperangkap dan panjat masuk sendiri dalam baldi, paip pvc dan yang nampak macam pondok tu hah. Padehal banyak tahi ayam kering dalam tu. Bau dia boleh tahan gak la. Lepas dari tu kena siram dengan air untuk bagi lembap. Nak tau cukup ke tak tahap kelembapannya, amik tahi tu genggam. Kalau still boleh membentuk macam tepung yang kita bancuh nak buat cucur tu, maksudnya tak cukup lagi la airnya. Merasa aku hah menggaul tahi ayam ni. Naseb bukan guna bare hand.



Sunday, August 17, 2014

Inspection Ladang Buah

Punya lama la nak update blog, aishhh padehal LI takde la banyak kerja mana pun. Ok lepas dari cerita aku pergi buat inspection kat kluster sayur, ada jugak pergi ladang-ladang buah ni. Macam nangka, betik dan nenas. Masa tu baru la aku tau pasal penyakit dan perosak buah-buahan ni. Yela aku belajar biotech tapi LI bahagian pertanian. Dulu ada jugak belajar pasal plant tapi minor dan tak mendalam. Jadi banyak jugak benda baru yang aku dapat masa kat sini. Pasal perosak dan penyakit tu nanti la aku cerita dalam entry lain. Kena banyak belajar lagi ni baru boleh sebarkan kat orang lain. Karang tak memasal bawak ajaran sesat pulak kan. Jadinya aku nak tunjuk gambar je.


Ladang betik yang dah tak berapa nak dijaga.




Besar gila ladang nenas ni. Kiteorang cilok bawak balik sikit nenas. Takdela curi tapi dapat sebab mintak kat deme.


Pokok nenas setahun baru keluar hasil.

Yg sibuk tangkap gambar tu En. Fatah. Baju Jabatan Pertanian tu En. Rahman dan baju biru kecik2 tu En. Jamal. 



Ladang nangka. Ada la dalam 1000+  pokok nangka aje. 

Ladang nangka ni bukan setakat pokok nangka je. Banyak lagi contohnya macam sawit, durian belanda, ikan keli, burung unta, ayam, kambing dan banyak lagi la. Aku pun tak sure berapa hektar tanah ni.


Tuesday, August 5, 2014

Inspection Kluster Sayur

Dah sebulan aku buat Latihan Industri (LI) ni banyaknya pergi inspection. Ohh ye aku buat LI dekat Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian Ipoh. Dekat ladang buah, kluster sayur, kayu-kayu yang nk dieksport pun kitaorang pergi check. Tak tahu pulak aku Jabatan Pertanian pun kena jaga bahagian ni. Pergi check je, senang je kerjanya rupanya.

Kitaorang akan pergi buat inspection kalau ada aduan tanaman diorang macam kena serang penyakit. Lepas tu kena identify apa masalah sebenarnya. Kalau tak dapat nak detect baru bawak pergi lab untuk diagnose disease. Tapi lab jauh kat titi gantong dalam sejam lebih kalau nak pergi sana. Nanti InsyaAllah next week kitaorang attach pergi duduk sana dalam 2 minggu.



Kena isi maklumat yg dapat waktu inspection tu jugak.

Lobak putih. Confuse dgn sawi sbb daun dia lebih kurang sama.

Daun bawang.


Lawat tanaman terung dan kacang panjang.

Kacang panjang.




Lepas dari tu aku pergi melawat ladang buah pulak. Besar gila ntah berapa ratus hektar aku pun tak tahu. Tapi kluster sayur ni aku ada sembang dengan pak cik yang jaga tu dia cerita macam-macam. Sebelum ni dia orang finance tapi bila satu tahun tu Malaysia alami kemerosotan ekonomi dia beralih arah. Dia keluarkan modal berpuluh beratus ribu dan pernah alami kerugian yang besar. Tapi dia cakap tak penah putus asa sebab bidang pertanian ni berikan keuntungan yang besar. Kacang panjang ni je boleh dapat RM 800 sehari. Can you imagine that?

P/s: Tiba-tiba rasa nak ada tanah sendiri dan bercucuk tanam. Dah la aku memang minat bab berniaga ni. Tambah lagi meniaga benda yang boleh dimakan. Memang demand la dalam pasaran.


Thursday, July 17, 2014

Lupa Daftar Latihan Industri (LI)

Aku tak tahu kenapa careless sangat kali ni. Boleh pulak terlupa nak daftar subjek LI dalam morpheus. Tarikh tutup daftar 27/6 tapi 28 hb baru aku perasan yang aku dah terlepas due date. Gila! Gelabah tak senang duduk dibuatnya. Yela, dah la Isnin (30/6) aku dah start LI. Nak menangis pun ada. Patut la rasa semacam jek. Macam ada something wrong sepanjang 4 hari aku ada kat rumah ni. Last-last baru tersedar aku lupa nak daftar subjek. Padehal buka awal dah pendaftaran tapi sebab kelam kabut nak balik kemas barang, busy exam lagi. Aduhhh. Tak tahu nak minta tolong siapa. Tiba-tiba teringat pulak dekat amal. Dia pernah mintak tolong aku bayarkan denda sebab lambat daftar LI jugak. Dia tengah LI sekarang. Jadinya cepat-cepat aku tepon tanya macam mana. Alih-alih dia gelak kan aku. Kurang asam punya kawan! Aku tengah risau ni. Dia cakap jangan nangis sebab suara aku mmg risau gila time tu. Yela, tak kan la nak kena extend semata-mata tak daftar subjek. Dia pun bagitau kena buat apa semua. Relieved sikit lepas tu.

Ada dua tiga orang yang stay kat Sarawak aku mesej nak mintak tolong. Tapi semuanya busy tak dapat nak tolong. Tup tup junior kawan aku yang tolong. Dia amik short sem. Kena bayar RM 50 kat unit kewangan lepas tu tunjuk resit dekat BPPs. Terima kasih bebanyak ye ahmad walau pun aku tak kenal ko, ko pun tak kenal aku kan. Moga Allah balas budi baik ko yang berusaha datang UNIMAS bayarkan sebab dia duduk luar. Siap wassap tunjuk resit sebagai bukti.


4 hari lepas tu aku tengok k.nana pos benda ni dekat fb. Mati-mati ingat aku sorang jek yang tak daftar lagi rupanya ramai bila aku tengok list nama yang tak daftar LI. Apa pun Alhamdulillah dah settle semuanya pasal LI.

P/s: Jangan careless jadi macam aku ni hah. Merana tak tenang jiwa.