open link in a new tab

Tuesday, March 11, 2014

Projek Tahun Akhir (PTA)

Semester ini InsyaAllah semester terakhir degree aku. Kos pape pun akan ada Projek Tahun Akhir (PTA) @ Final Year Project (FYP). Untuk FYP ini aku diletakkan under supervised Madam atas tajuk Detection of Bacteriophage. 

Sebenarnya bila diingatkan balik waktu semester 4 dulu ada beberapa orang lecturer yang aku jumpa tapi banyaknya dah full tajuk under diorang. Antaranya Prof Kasing, Dr. Lesley, Dr.Leaw. Waktu aku pergi jumpa Dr. Lesley tu semua dah full tajuk dia. Aku dengan Izah time tu pergi kitaorang lambat sampai dalam seminit dua je. Sayangnya la. Aku punyalah nak sangat-sangat tajuk under Dr. Lesley sejak dari tahun 1 lagi. Takde rezeki rasanya. Bila Dr. cakap tajuk dia dah full aku kecewa sampai menangis kau! Keluar je dari office dia muka aku dah lain. Elok je keluar dari fakulti aku menangis. Nampak tak betapa kecewanya aku sampaikan Izah cakap rilek la mira, ni baru nak pilih tajuk FYP belum buat apa lagi. Balik je bilik terus aku tidur tak nak fikir pape dah. Aku ini kalau dah down memang orang cakap apa pun dah tak guna.

Esoknya kitaorang berdua pergi lagi jumpa Prof Kasing sebab baru hari tu dia free. Sebelum tu dah emel dia. Office dia dekat canselori. Jauh pulak tu. Tapi disebabkan tajuk dia best kitaorang gagahkan juga especially aku la. Sebab aku memang minat benda yang relate dengan Microbiology. Lagi sekali Allah uji takde rezeki juga plus aku tak bawak summary tittle yang aku nak. Memang aku dah agak pun sebab ramai yang nak under dia. Lepas tu Dr Leaw pun bila jumpa cakap dah full. Sebelum tu kitaorang dah dapat tajuk under Madam Safarina tapi aku tak minat juga sebab dia Molecular.

Jumpa Dr. Azlan dia suruh buat summary juga tapi tajuk dia more to Biochemistry. Lastly Izah dapat tajuk under dia sebab dia memang minat pun Biochem tu. Aku ni lagi la tak minat tambah pulak subjek tu yang jatuhkan pointer aku. Berani pulak aku nak ambil kan. Tak cukup dengan tu aku emel lagi Dr. David lecturer fakulti medic tapi seminggu lepas tu baru dia balas. Masa tu aku dah pun dapat tajuk under Madam yang sekarang ni. Aku yakin setiap orang ada dugaan & ujian yang tersendiri cuma berbeza dari segi kemampuan diri masing-masing.

Aku cakap macam tu sebab Allah tengah uji aku dan kawan-kawan yang sama supervisor dengan aku sejak dari sem lepas lagi. 

Pasal tajuk aku tu, aku kena detect bacteriophage iaitu sejenis virus yang serang bacteria. Ambil sample dari Kubah National Park walaupun waktu mula-mula tu aku nak amik sample dari swimming pool UNIMAS je. Last minute ubah sebelum hantar proposal. Ramai yang cakap tajuk aku senang. Aku tahu ramai yang pandang ringan, mudah & sebelah mata pun tak sampai kadang-kadang tu dengan tajuk aku ni Hakikatnya, berapa kali dah buat tapi masih tak dapat result. Mungkin diorang yang bercakap tu tak tahu apa sebenarnya yang kitaorang alami. 

Pernah rasa & terfikir tak dengan siapa sebenarnya kitaorang perlu jumpa dan bincang masalah yang kitaorang hadapi sekarang? Tak lama lagi dah nak kena present tapi kitaorang buntu. Tak tahu siapa yang patut kitaorang rujuk. Alhamdulillah aku rasa aku makin kuat sekarang sebab dari awal lagi Allah dah uji. Walaupun aku tak dapat lecturer yang aku nak at least Allah bagi tajuk atau bidang yang aku nak iaitu Microbiology. He know that I love Microbe so much. Semester lepas kitaorang pergi jumpa supervisor orang lain minta tolong semakkan proposal kitaorang. Waktu present FYP 1 pun kitaorang tak dapat sokongan dari orang yang sepatutnya tunjuk ajar kitaorang.

Korang yang bercakap tu pernah rasa & alami kot ye apa yang kitaorang rasa. Agaknya.


Put your feet in my shoes. See what its like. Ain't so easy.



Model bacteriophage dari Google

P/s: Kalau observe under microscope hitam putih je. Doakan moga Allah permudahkan urusan aku dan kawan-kawan yang lain. InsyaAllah, amin ya Rabb.


No comments: