open link in a new tab

Monday, June 3, 2013

Betulkan Balik Niat Belajar

Asyik post pasal jalan-jalan pergi Sabah je kan.Stop kejap, kita beralih pergi topik lain pulak kali ni.Semalam aku & Fatin study sama-sama.Study week ni Fatin selalu datang bilik aku.Pukul 2,3 pagi baru dia balik bilik.Tengah study tiba-tiba aku pun cakap,Fatin kita nak sangat dapat dean list (InsyaAllah,amin.Korang doakanlah utk aku =D).Tiba-tiba fatin buka cerita pasal result.Dia cakap result dia turun sem lepas sebab niat dia study nak dean list tapi bukan sebab nak diaplikasikan dalam kehidupan utk kegunaan agama & masyarakat.Ok,tersentap jap aku kat situ.Bila fikir balik betul jugak.Aku pun fikir,apa niat aku belajar sebenarnya.Ye,memang kita belajar nak skor la katakan.Memang tak salah tapi niat tu kena betulkan balik.Lillahitaala.Moga kita sama-sama sedar tentang hakikat sebenar tujuan kita hidup,belajar  & sebagainya. Adakalanya memang kita sebagai manusia terlupa.Tapi dengan adanya ibu ayah,pensyarah/cikgu-cikgu & kawan-kawan di sekeliling dapat menyedarkan kita.Sedar tentang niat utama yg kita letakkan dalam melakukan sesuatu perkara.Nabi pun pernah bersabda :


"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu." 

(Bukhari dan Muslim)


Walaupun kadang-kadang kita rasa penat dan tak larat dah nak study,satu je kita ingat. Mak ayah.Tak kisah la bagi yang masih ada keduanya mahu pun sebaliknya.Mesti mereka mahukan anak-anak melakukan yang terbaik dalam hidup.Bagi aku,inspirasi terbesar dalam hidup ni adalah kedua mak & ayah selepas Allah & Rasulullah.Terlalu besar pengorbanan yang tak mungkin akan dapat kita balas dengan apa sekalipun.Jadi untuk kita ingat dan & hargai mereka adalah dengan melakukan yang terbaik terhadap keduanya & berusaha untuk menjadi anak yang solehah,InsyaAllah.




P/s: Thanks fatin sebab sedarkan kita untuk betulkan balik niat.Moga ukhuwah kita kekal hingga ke syurgaNya.InsyaAllah,Amin.



4 comments:

nur fadhilah said...

thanks mira ingatkan jugak :)

nahunabila said...

hm pasni aku pun kena betulkan niat. thanks mira

Unknown said...

Indeed. Study for deen not dean jer. Bittaufiq wannajah fil imtihan :)

Fatin Hafizah said...

wee :3 ada org sebut nama aku laa :P hahah ingatan bersama mira. let our dream come true after we try our very best in study. belajar ni jihad yang kita mampu sekarang. belajar di jalan Allah :D