Kitaorang pergi 2 pulau je..dalam RM 30+ jugak la satu kepala siap dgn set snorkling. Kita orang decide nak pergi Pulau Manukan & Pulau Sapi je daripada 5 pulau yang ada.Pemandangan kat pulau-pulau tu tak payah cakap la.Subhanallah sangat2 cantik.Mula-mula sebelum nak pergi tu siap google lagi tempat-tempat menarik kat Sabah.Termasuk la pulau-pulau ni.Tengok dalam gambar macam tak percaya,betul ke ni?Maksud aku adakah disebabkan faktor kamera yang menyebabkan pemandangan di pulau-pulau tu nampak tersangatlah cantik?No,no,no.Aku dah tersilap rupanya.Bila pergi sendiri melawat dan menjejakkan kaki kat sana,aku jadi excited tak tentu hala (termasuklah kawan-kawan aku yang lain).Lepas tu semuanya senyap macam kena sampuk.Sebab apa?Haha,masing-masing menikmati alam ciptaan Allah yang sungguh dan tersangatlah indah.Angin bertiup boleh tahan kuat sebab dekat area laut,menambahkan lagi ke'excited'an kita orang.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan seterusnya supaya kamu bersyukur.
|
(Ar-Rum : 46)
Fikir-fikir balik rasa nak pergi lagi.Lagi best kalau bawak mak ayah & family sekali.Tunggu ada rezeki & duit lebih la kot baru dapat.Tapi lepas tu tanggung la muka 'burn'..
 |
| ni muka2 dah ready nak snorkling |
 |
| Pulau Manukan |
 |
lupa dah ni manukan ke sapi
 |
| Time to go back |


 |
| Jesselton Point |
|
 |
| Hana,Hanis,Izah & Amal |
 |
| bergambar dengan tourist Korea sebelum balik |
 |
| Last snap! |
P/s: Sedih sebab tak dapat nak snorkling!Takut air sebab kaki tak jejak tanah.
1 comment:
seronoknya jalan2 pulau..! teringin jugak nak camni.. tp muka kita jenis cepat burn..confirm 1 jam duduk pulau dah mcm minah indon. hehe =D
Post a Comment