Rasanya mana-mana universiti pun akan ada student yang macam ni. Tak tahu nak hormat lecturer. Bagi aku tak kisah la kita ini kaum/bangsa atau agama apa sekali pun, sama-samalah hormat pendidik kita.Dah besar gedabak pun tak kan tak tahu apa dan bagaimana nak menghormati orang lain?Tambah pulak ini lecturer kita.Orang ke-2 yang banyak berjasa selepas ibu & ayah kita.Meh sini aku nak berkongsi cerita walaupun agak memalukan.Tapi tu semua pengajaran untuk diri & kawan aku.
Ingat lagi time semester 2 first year.Waktu subjek Biochemistry aku dengan fai pernah bersembang sambil senyum-senyum.Aku pun tak ingat apa yang kita orang dok sembangkan.Nak dijadikan cerita,kita orang adalah yang bertuah sebab lecturer perasan.Mana taknyer,duduk straight menghadap dia.Tapi mulut gatal juga nak bersembang.Padehal ramai je lagi yang bersembang dalam kuliah time tu.Tapi kitaorang berdua je yang kena shoot.Macam mana aku boleh perasan?Sebabnya bila lecturer tu tegur.Kali pertama tu dia tegur dalam nada bergurau tapi second time tu dia suruh kawan aku keluar!Gila,malu kott.Tapi takdelah malu sangat sebab ramai yang tak tahu sebenarnya siapa yang dia tegur suruh keluar tu.Semua terpinga-pinga & senyap satu hall tu.Padan muka!Siapa suruh ko bersembang kan?Haha,kenangan betul.Lepas dari tu kitaorang dah kurangkan bercakap time lecture kecuali kalau benda-benda yang penting je.Walaupun ada juga bersembang sometimes.Aku rasa time tu ramai yang bersembang sebab tak dapat nak tangkap sangat apa yang dia cakap.Dapat imagine tak bila mexican bercakap menggunakan bahasa Inggeris?Sampai sekarang ada jugak kadang-kadang benda yang aku tak dapat tangkap bila lecturer tu mengajar.
Imam ar-Rabi' murid Imam Syafi'i berkata:
"Demi Allah, aku tidak berani mencuba untuk minum air jika Imam Syafi'i melihatku."
Imam ar-Rabi' murid Imam Syafi'i berkata:
"Demi Allah, aku tidak berani mencuba untuk minum air jika Imam Syafi'i melihatku."
Imam Syafi'i berkata:
"Aku menyelak helaian kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan agar dia tidak mendengar bunyi selakan itu."
"Aku menyelak helaian kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan agar dia tidak mendengar bunyi selakan itu."

No comments:
Post a Comment