Lamanya tak update blog.Huhu,nampak sangat malasnya.Emh,sebenarnya nak update blog ni kena ada mood.Tak rasa nak update blog.So,malas la nak update.Eh,boleh gitu.Sebenarnya sekarang dah masuk pun study week tapi aku tak start study lagi.Bukan tak nak tapi ada lagi assignment yang tak settle.Tak boleh nak start.Tak tahu la aku sorang je ke yang rasa tapi macam ada benda yang tak complete. Jadi macam tak senang duduk. Aishh,selalunya time akhir-akhir sem juga la yang bertimbunnya assignment & report.
Cuba bayangkan kitaorang ada 5 lagi assignment yang tak hantar termasuk lah lab report + field trip. Rasa serabut pun ada tapi takpe.Buat slow-slow InsyaAllah siaplah tu nanti.*saja nak sedapkan hati.
Apapun selamat ber'study week' untuk yang tengah study week macam aku ni.Beberapa perkara yang kita perlu refleks balik:
- Betulkan balik niat belajar.Jangan study sebab nak dapat dean list je.Niatkan moga ilmu yang kita belajar ni dapat dimanfaatkan buat kebaikan diri,ummah & Islam di masa hadapan InsyaAllah.
"Segala amalan berdasarkan kepada niat, dan setiap orang memperoleh apa yang diniatkannya”. (HR Bukhari dan Muslim)
- Gunakan waktu yang ada dengan sebaik mungkin.Takut nanti kita menyesal di kemudian hari sebab tak gunakan kesempatan yang Allah bagi ini.Mungkin kadang-kadang akan ada rasa penat / malasnya nak belajar.Tapi kata-kata Imam Syafie sgt terkesan di hati.
"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar, maka kamu akan tanggung peritnya kebodohan."
(Imam Syafie)
- Kalau ada kawan-kawan yang minta tolong ajar,kita ajar dia dengan seikhlas hati.Jangan rasa terpaksa.Jangan kita meninggi diri dgn sedikit ilmu yg Allah pinjamkan pada kita.Tak rugi pun kalau berkongsi.
- Kalau ada kawan-kawan yang dah start study jangan nak sindir-sindir dia walaupun sebelum ni kita tak pernah tengok dia study.Support dia,jangan kita memperkecil-kecilkan.Sebab ada yang confess dalam fb hari tu.
- Jangan pernah jemu berdoa supaya Allah permudahkan kita untuk memahami ilmu yang dituntut. Kita berusaha sebaik mungkin tapi rezeki itu semua milik Allah.Moga dengan bertambahnya ilmu, bertambah juga amal kita.
- Study jangan sampai lupa perkara yang wajib. Biar seimbang, kejar dunia apatah lagi akhirat kerana dunia ini adalah ladang akhirat.Apa yang ditanam di sini (dunia) itulah yang akan dituai di sana (akhirat).
- Janga lupa minta redha & doa ibu ayah.Kalau ada yang dah kahwin tu,minta kat suami la kan.*Sebab kawan-kawan aku ada yg dah kahwin.

P/s: Minta maaf andai ada salah dan silap.Zahir dan batin Aku ni bergurau lebih-lebih pun ada kadang-kadang tu.Sory,panjang la pulak aku membebel ni hah.Jeles aku dgn org yang tak payah nak study hard sgt.Nak-nak jenis yang last minute tu.*Tiba-tiba je.Ok,bai!
No comments:
Post a Comment