Semester lepas (sem 5), aku ada program yang kena handle. Kira ini kali ke-2 la aku kena handle event sendiri tapi sangat berterima kasih dengan AJK & JPK yang terlibat. Diorang sangat banyak membantu. Nama program tu Sakura Team Building sebab objektif yang nak dicapai ialah kerjasama sesama ahli kumpulan. Ada la lagi objektid dia tapi malas pulak aku nak tulis kat sini, haha. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing ikut cabutan undi. Ada beza sikit la modul yang dibuat waktu semester 4 dan 5. Ada 6 ke 7 modul macam tu. Aku, Dia & Kamu, Twist Tongue, Bola Terbang, Bola Beracun dan banyak la lagi. Ada perbezaan sikit la masa 1st dengan second event tu. Waktu STB 1.0 tu aku memang takde masa nak ambik gambar ke apa.

Gambar aku cilok dari sini.
Sebenarnya aku nak cerita pasal insiden yang berlaku waktu 1st event aku tu. Waktu tu ada slot "Bola Terbang". Guna kain pelekat dan bola je. Setiap kumpulan diberi sehelai kain batik dan kena sambut la bola tu kalau kumpulan lain baling kat diorang. Waktu slot tu matahari dah naik. Panas terik la walaupun belum tengah hari lagi. Tiba-tiba bila nak beralih ke slot seterusnya kena la masuk bilik seminar balik. Alih-alih ada budak pengsan. Ingatkan sebab panas sangat / penat. Rupa-rupanya ada benda masuk dalam badan dia. Tambah pulak dia ni memang selalu kena benda-benda macam tu. Aku tau sebab kawan aku roommate dia dulu. Aku pun kelam kabut la. Lepas tu usung bawak masuk bilik seminar. Habis sampai pengetua kolej aku turun. Lepas tu panggil budak lelaki dua tiga orang dari kolej lain tolong ubatkan. Kolej kitaorang ni memang semua perempuan. Special sikit. Rasa macam duduk kat sekolah pulak kan.
Peserta yang lain kena teruskan aktiviti dekat belakang blok kolej aku nasib ada tempat back up even last minute pun. Alhamdulillah everything went well even kelam kabut sikit. Timbalan aku pergi uruskan hal kat dalam. Rupa-rupanya silap aku juga. waktu mula program tu kan memang dah lambat kitaorang pun start la terus sebab nak kejar masa. Sampai terlupa nak baca doa/Al-Fatihah buka majlis. Benda tu pun budak lagi dan nak ikut main jugak katanya. Adehh, macam-macam.

P./s: Moral of the story, apa pun yang kita buat lepas ni mulakan dengan baca bismillah ye. at least.
No comments:
Post a Comment