Aku tak tahu kenapa careless sangat kali ni. Boleh pulak terlupa nak daftar subjek LI dalam morpheus. Tarikh tutup daftar 27/6 tapi 28 hb baru aku perasan yang aku dah terlepas due date. Gila! Gelabah tak senang duduk dibuatnya. Yela, dah la Isnin (30/6) aku dah start LI. Nak menangis pun ada. Patut la rasa semacam jek. Macam ada something wrong sepanjang 4 hari aku ada kat rumah ni. Last-last baru tersedar aku lupa nak daftar subjek. Padehal buka awal dah pendaftaran tapi sebab kelam kabut nak balik kemas barang, busy exam lagi. Aduhhh. Tak tahu nak minta tolong siapa. Tiba-tiba teringat pulak dekat amal. Dia pernah mintak tolong aku bayarkan denda sebab lambat daftar LI jugak. Dia tengah LI sekarang. Jadinya cepat-cepat aku tepon tanya macam mana. Alih-alih dia gelak kan aku. Kurang asam punya kawan! Aku tengah risau ni. Dia cakap jangan nangis sebab suara aku mmg risau gila time tu. Yela, tak kan la nak kena extend semata-mata tak daftar subjek. Dia pun bagitau kena buat apa semua. Relieved sikit lepas tu.
Ada dua tiga orang yang stay kat Sarawak aku mesej nak mintak tolong. Tapi semuanya busy tak dapat nak tolong. Tup tup junior kawan aku yang tolong. Dia amik short sem. Kena bayar RM 50 kat unit kewangan lepas tu tunjuk resit dekat BPPs. Terima kasih bebanyak ye ahmad walau pun aku tak kenal ko, ko pun tak kenal aku kan. Moga Allah balas budi baik ko yang berusaha datang UNIMAS bayarkan sebab dia duduk luar. Siap wassap tunjuk resit sebagai bukti.

4 hari lepas tu aku tengok k.nana pos benda ni dekat fb. Mati-mati ingat aku sorang jek yang tak daftar lagi rupanya ramai bila aku tengok list nama yang tak daftar LI. Apa pun Alhamdulillah dah settle semuanya pasal LI.
P/s: Jangan careless jadi macam aku ni hah. Merana tak tenang jiwa.
No comments:
Post a Comment