open link in a new tab

Tuesday, August 5, 2014

Inspection Kluster Sayur

Dah sebulan aku buat Latihan Industri (LI) ni banyaknya pergi inspection. Ohh ye aku buat LI dekat Bahagian Biosekuriti Jabatan Pertanian Ipoh. Dekat ladang buah, kluster sayur, kayu-kayu yang nk dieksport pun kitaorang pergi check. Tak tahu pulak aku Jabatan Pertanian pun kena jaga bahagian ni. Pergi check je, senang je kerjanya rupanya.

Kitaorang akan pergi buat inspection kalau ada aduan tanaman diorang macam kena serang penyakit. Lepas tu kena identify apa masalah sebenarnya. Kalau tak dapat nak detect baru bawak pergi lab untuk diagnose disease. Tapi lab jauh kat titi gantong dalam sejam lebih kalau nak pergi sana. Nanti InsyaAllah next week kitaorang attach pergi duduk sana dalam 2 minggu.



Kena isi maklumat yg dapat waktu inspection tu jugak.

Lobak putih. Confuse dgn sawi sbb daun dia lebih kurang sama.

Daun bawang.


Lawat tanaman terung dan kacang panjang.

Kacang panjang.




Lepas dari tu aku pergi melawat ladang buah pulak. Besar gila ntah berapa ratus hektar aku pun tak tahu. Tapi kluster sayur ni aku ada sembang dengan pak cik yang jaga tu dia cerita macam-macam. Sebelum ni dia orang finance tapi bila satu tahun tu Malaysia alami kemerosotan ekonomi dia beralih arah. Dia keluarkan modal berpuluh beratus ribu dan pernah alami kerugian yang besar. Tapi dia cakap tak penah putus asa sebab bidang pertanian ni berikan keuntungan yang besar. Kacang panjang ni je boleh dapat RM 800 sehari. Can you imagine that?

P/s: Tiba-tiba rasa nak ada tanah sendiri dan bercucuk tanam. Dah la aku memang minat bab berniaga ni. Tambah lagi meniaga benda yang boleh dimakan. Memang demand la dalam pasaran.


No comments: